DENGAR & HAYATI LAGU NIE.....
SELAMAT DATANG
Monday, December 3, 2012
Thursday, November 29, 2012
PENYELESAIAN MASALAH
Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah
menghadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian.
Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik, ada yang
memerlukan penyelesaikan secara agama, ada yang memerlukan penyelesian secara
perasaan dan ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif. Di dalam
menyelesaikan masalah kita dapati ada orang yang dapat mencari penyelesaian
kepada satu masalah lebih cepat daripada orang lain. Terdapat empat ciri penting
dalam menyelesaikan masalah secara berkesan iaitu motivasi yang kuat, trait
yang positif, jati diri dan membina kemahiran. Penyelesaian masalah yang
berkebolehan akan mengatasi semua kesukaran dengan segala tenaga yang ada pada
diri mereka. Terdapat juga enam jenis kategori masalah iaitu misteri,
tugasan(assigment), kesukaran(difficulty), peluang(opportunity), “puzzle” dan
dilema. Mendefinisikan masalah yang
betul adalah penting kerana kalau tidak penyelesaian yang diusahakan mungkin
tidak membawa kesan seperti yang diingini. Maklumat tentang sesuatu masalah juga
boleh didapati dari berbagai sumber antaranya ialah pengalaman, pemerhatian,
dan kajian.
Dalam Penyelesaian Melalui Perasaan
Dalam Penyelesaian Melalui Perasaan
Konsep kecerdasan emosi (EQ) menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kecerdasan emosi mengandungi 5 domain utama bagi Salovey iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain serta kebolehan menjalin persaudaraan
Dalam penyelesaian masalah secara islam (al- Halli al-Ilami)
mempunyai dua corak yang popular iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Sebagai
hokum yang jelas terdapat dalam al-Quran dan al-Hadit, semuanya wajib dipatuhi
dan ditaati sepenuhnya pada setiap masa dan tempat kecuali darurat, penyakit,
gila, pengsan, usia tua mahupun cacat mental. Sebaliknya pendekatan sufi pula
dianggap bersifat moral dan spiritual. Ia memerlukan kefahaman tentang tiga
perkara pokok iaitu: hakikat masalah, sebab masalah, dan kaedah menyelesaian.
Terdapat doa yang boleh membantu dalam menyelesaikan
masalah dan menyenangkan kita dalam segala urusan iaitu :
Selain itu akal juga penting dalam menyelesaikan
masalah. Akal yang diransang oleh masalah akan berfikir dan membuat
pertimbangan sama ada sesuatu masalah itu merupakan masalah sebenar yang perlu
kepada penyelesaian. Akal akan mengenalpasti dan menganggar sejauh mana masalah tersebut dapat dikaji. Akal
juga akan menentukan sejauh manakah faedah boleh diperolehi dan dirangsang oleh
masalah akan terus berfungsi dan membawa kepada penyelidikan.
Kesimpulan nya adalah bahawa kemahiran
berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.
Seseorang yang mempunyai pemikiran yang elok akan sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep
atau idea secara teratur dan membuat penyelesaian atau keputusan atau keputusan
yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)