SELAMAT DATANG

LATEST NEWS- HARIAN METRO

Teroka seluruh dunia

Husain Jahit dari Bangkok Thailand
husain@hmetro.com.my
CISCO System Inc (Cisco), penyedia rumusan penyambungan sistem berangkaian terkemuka dunia melihat potensi pasaran besar untuk diterokai di seluruh dunia dengan rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan China (APJC) dijangka menjadi penyumbang terbesar.
Presiden Cisco APJC, Jaime Valles berkata, pasaran rantau APJC berkembang terlalu pantas dan peluang itu perlu diambil sebaik mungkin untuk meningkatkan perolehan sejajar dengan wawasan Cisco di rantau ini yang antaranya mengubah gaya hidup masyarakatnya yang membabitkan dua pertiga penduduk dunia.

“Pasaran di sini terlalu besar dan ia menyumbang 20 peratus kepada keseluruhan perolehan Cisco dan pertumbuhannya adalah 7.4 peratus setahun.
“Kami akui Malaysia adalah negara yang berkembang pesat dan Cisco sedar dengan peluang pasaran ini. Kami ada pelaburan besar di Malaysia terutamanya dalam segmen rantaian pembekal dan penyambungan pengeluaran talian (MCO),” katanya dalam sesi temu bual khas selepas membuat ucaptama Persidangan Perikatan Rakan Perniagaan Cisco APJC 2012 di Bangkok, Thailand kelmarin.

Beliau berkata, selain dari China, Jepun, Korea, India dan Austalia, pihaknya tidak menafikan pasaran negara Asia Tenggara turut penting termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Katanya, Cisco memiliki pasukan terbaik di Malaysia dan pelaburan akan diteruskan malah hubungan dengan rakan niaga akan diperkukuhkan untuk meraih lebih banyak pasaran selain melihat Indonesia dan Vietnam sebagai gelombang perniagaan baru yang perlu diteroka.
Persidangan dua hari itu lebih banyak membincangkan mengenai peluang perniagaan di Asia Pasifik, Jepun dan China untuk dikongsikan bersama rakan-rakan perniagaan mengenai perspektif perniagaan, strategi, pengemaskinian teknologi, amalan perniagan terbaik untuk meningkatkan keuntungan dan pelaburan Cisco untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan.

Selain memperkenalkan rangkaian produk baru yang lebih komprehensif, Cisco turut memperkenalkan pelbagai insentif kepada rakan perniagaan termasuk rebat berbentuk kewangan yang diberikan secara tunai berdasarkan prestasi dan Program Rakan Perniagaan Perkhidmatan Cisco (CSPP).
Dengan CSPP rakan perniagaan Cisco juga kini memiliki capaian lebih luas ke atas ‘perkhidmatan pintarnya’ atau sistem sokongan teknikal maya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08

No comments:

Post a Comment