Aku cuba menyintaimu
tapi cintaku bagaikan dipaksa-paksa
aku berusaha lagi untuk mencintai dirimu
tapi aku rasa
cinta perasaan bagaikan direka-reka
bukan aku cuba semua itu
tapi aku rasa bagaikan boneka
aku teruja dengan segala romantika yang kau ada
Maafkan aku
maafkan aku kerana masih gagal untuk mencintai dirimu
walau aku tahu engkau sangat-sangat mencintai diriku
kau sanggup berbuat apa saja untuk aku rasa
bahagia
di dalam hatiku ini masih keluar ada satu cahaya
yang sentiasa tidak boleh hilang rasa manisnya
perasaan cintaku masih terikat pada si dia
Dia kekasih pertamaku
sebutir cahaya cinta jauh didalam sudut hatiku
kerana dia maafkan aku
aku tak sanggup memaksa diriku untuk mencintai dirimu
buat apa kau cuba lagi
jika jasad ini hanya engkau boleh miliki
tapi hati ini dimiliki orang lain..
kau sayang diriku tanpa cintaku
bolehkah engkau hidup dengan itu..